Ragam kewujudan Nitrogen

Nitrogen ialah satu-satunya juzuk terbanyak dalam atmosfera (78.084% secara isipadu, 75.5% secara berat) dan diperoleh untuk kegunaan perindustrian daripada penyulingan berperingkat udara cecair atau melalui cara mekanikal gas udara (iaitu membran osmosis songsang bertekanan atau penjerapan buaian tekanan).Sebatian yang mengandungi unsur ini telah dikesan dalam ruang angkasa lepas. 14Nitrogen dihasilkan sebagai sebahagian daripada proses pelakuran pada bintang-bintang. Nitrogen merupakan komponen dalam buangan haiwan ternakan (sebagai contoh, guano), biasanya dalam bentuk urea, asid urik, dan sebatian-sebatian produk bernitrogen lain.

Molekul nitrogen merupakan juzuk atmosfera Titan dan juga dikesan dalam ruang angkasa antara najam oleh David Knauth dan pekerja sejawatnya menggunakan Far Ultraviolet Spectroscopic Explorer.